Saturday, 2 November 2013

(HasbunALLAH-wa-ni’mal-WAKIL)



“Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung”

Tawakal berkait rapat dengan perkataan “wakalah” ertinya mewakilkan. Maka orang yang  bertawakal adalah orang yang mewakilkan seluruh urusan hidupnya kepada pencipta kehidupan & kematian. Merekalah golongan yang akrab dengan Allah…

Menurut Imam Ahmad, tawakal adalah amalan hati yang tidak upaya lisan mengungkapnya atau hanya sekadar amalan anggota. Tawakal adalah soal keyakinan terhadap Allah, memperoleh ketenangan dan kedamaian hati sekaligus meghapuskan keraguan terhadapNya.

Tawakal adalah buah iman dan hukumya wajib..Allah menegaskan pentingnya bertawakal kepadaNya melalui firmanNya :
ومن يتوكل على الله فهو حسبه
-mafhumnya  : Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupkan (keperluannya)..surah At-Talaq:3

Sheikh Abdul Qadir A’udah pernah berkata “Jika aku dipenjarakan, aku boleh beruzlah dan beribadah,,Jika aku dibuang negeri,aku boleh melancong percuma,,Jika aku dibunuh, aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada’” Inilah hasil keimanan yang tinggi,yang mana  segala urusan hidup & mati dirasakan mudah kerana semuanya ditaukilkan kepada Allah.

Ingatlah pesanan Imam Al-Ghazali tentang tawakal :
“Tawakal membawa erti bahawa kita menyerahkan diri kepada Allah sewaktu menghadapi kesusahan @ saat sukar dan genting dalam hidup ini. Pada ketika ini, hati perlu diteguhkan seteguhnya sehingga ia mencapai satu titik ketenangan & ketenteraman dalam jiwa”

Wallahu a’lam..

Sumber rujukan :Majalah Solusi       

Friday, 15 March 2013

LA taHzan sahabat..senyum lew!! haaa..kan comeii..


ASSalamualaikum warahmatullah..ucapan terindah penyambung ukhwah ana titipkan.. 

ALHAMDULILLAH....Allah jernihkan minda, Allah jua yang mengizinkan segala2nya.. (La Haulawala Quwwata illa Billah..)

Ya Salamm!!! Manisnye senyuman kalian...tgok tu,”Syafatain” bak delima merekah..”asnan” pulak tersusun indah..Subhanallah!!
Sahabat..tahukah  kalian, apa simbolik di sebalik senyuman itu..? GEMBIRA!! Yew benar..BAHAGIA!! pun betul..DALAM HATI ADA TAMAN!! Ha’aa..boleh le tuu..tapi...

Pernah tak kalian terfikir bahawa senyuman juga terkandung KESEDIHAN..ehhh?? awat pulak macam tuu ye... hmmm?? Cer cter!!

Aiwahhh!!                   
Pernah dengar tak lagu Raihan-senyum-..cuba hayati seni katanya..indah kan!! Hehehe..Perasan tak salah satu seni katanya yang berbunyi ” Senyum di waktu susah ,Tanda ketabahan”..

itu le yang ana maksudkan senyum tatkala hati dirundung duka..tapi, bukan semua orang boleh ea..hanya yang benar2 diberi  kekuatan olah Allah sahaja mampu..senyuman yang diberi dengan ikhlas tanda kita redho dengan apa yang ditakdirkan Allah..hebat kan..

Jadi, last but not least,,kita boleh cuba..walaupun susah pada mulanya..IN SHA ALLAH..lama-lama akan terbiasa..
Yang paling penting ingatlah firman Allah :

 ألا بذكر الله تطمئن القلوب-
Mafhumnya : tidakkah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Maka,,senyumlah sahabat hanya kerana Allah..mudah-mudahan kita berhasil memperoleh redhoNya..Aaminn