“Cukuplah
Allah sebagai pelindung bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung”
Tawakal
berkait rapat dengan perkataan “wakalah” ertinya mewakilkan. Maka orang yang bertawakal adalah orang yang mewakilkan
seluruh urusan hidupnya kepada pencipta kehidupan & kematian. Merekalah
golongan yang akrab dengan Allah…
Menurut
Imam Ahmad, tawakal adalah amalan hati yang tidak upaya lisan mengungkapnya
atau hanya sekadar amalan anggota. Tawakal adalah soal keyakinan terhadap
Allah, memperoleh ketenangan dan kedamaian hati sekaligus meghapuskan keraguan
terhadapNya.
Tawakal
adalah buah iman dan hukumya wajib..Allah menegaskan pentingnya bertawakal
kepadaNya melalui firmanNya :
ومن يتوكل على الله فهو حسبه
-mafhumnya : Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupkan (keperluannya)..surah At-Talaq:3
ومن يتوكل على الله فهو حسبه
-mafhumnya : Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupkan (keperluannya)..surah At-Talaq:3
Sheikh
Abdul Qadir A’udah pernah berkata “Jika aku dipenjarakan, aku boleh beruzlah
dan beribadah,,Jika aku dibuang negeri,aku boleh melancong percuma,,Jika aku
dibunuh, aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada’” Inilah hasil
keimanan yang tinggi,yang mana segala
urusan hidup & mati dirasakan mudah kerana semuanya ditaukilkan kepada
Allah.
Ingatlah
pesanan Imam Al-Ghazali tentang tawakal :
“Tawakal
membawa erti bahawa kita menyerahkan diri kepada Allah sewaktu menghadapi
kesusahan @ saat sukar dan genting dalam hidup ini. Pada ketika ini, hati perlu
diteguhkan seteguhnya sehingga ia mencapai satu titik ketenangan &
ketenteraman dalam jiwa”
Wallahu
a’lam..
Sumber
rujukan :Majalah Solusi

No comments:
Post a Comment